Sebanyak 1,335 kawasan di lapan wilayah Selangor dan Kuala Lumpur dijangka mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual susulan empat Loji Rawatan Air (LRA) terpaksa dihenti tugas selepas pencemaran bau dikesan di muka sauk LRA Rantau Panjang, Bestari Jaya, Kuala Selangor, malam tadi.